
Pusat Pengajian Islam Murobbi merupakan sebuah pusat pendidikan informal yang diwujudkan pada 28 Disember 2018 yang menawarkan perkhidmatan bimbingan ilmu-ilmu agama seperti Tauhid, Fiqh, Akhlak dan bahasa Arab kepada masyarakat awam termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Pusat Pengajian Islam Murobbi juga merupakan sebuah pusat pendidikan informal swasta yang menjalankan perkhidmatan pembangunan pendidikan pengajian Islam dan bahasa Arab yang diselia di bawah Murobbi Management & Services.
Misi
Misi Pusat Pengajian Islam Murobbi ialah menyediakan perkhidmatan kelas-kelas bimbingan agama Islam dan bahasa Arab secara sistematik, berterusan dan mesra pelajar serta melahirkan masyarakat awam yang boleh mempraktikkan ilmu-ilmu Islam dengan baik sesuai dengan kapasiti ilmu yang dipelajari.
Visi
Visi Pusat Pengajian Islam Murobbi ialah menjadi sebuah institusi pengajian Islam dan bahasa Arab informal terbesar di negeri Sabah menjelang 2025.